MAKLUMAT SYARIKAT
PENUBUHAN:

Ditubuhkan pada 23hb. Julai 1977.


VISI:

Menjadi sebuah syarikat yang dikenali dan disegani di dalam industri perladangan dan pengilangan kelapa sawit di samping mengeluarkan hasil yang berkualiti.


MISI:

Untuk meningkatkan pendapatan syarikat melalui perolehan kawasan baru, penanaman semula tanaman kelapa sawit menggunakan benih yang bermutu, penggunaan inovasi terkini, mengamal pertanian yang baik dan pengurusan yang berkesan.


MODAL:

Modal yang dibenarkan sebanyak RM45,000,000 dan modal berbayar sebanyak RM35,000,000.

 
AKTIVITI SYARIKAT:

Perladangan
 
  • Sawira Sdn.Bhd. mempunyai keluasan ladang seluas 10,768 ekar (4,358 hektar). Perladangan kelapa sawit adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat. Dalam perancangan seterusnya, fokus akan diberikan kepada peningkatan pengeluaran Buah Tandan Segar yang berkualiti dan penggunaan inovasi terkini yang lebih efektif dan produktif.

ANUGERAH:

Anugerah daripada PORLA bagi kategori Peningkatan Perahan Minyak Tertinggi bagi Wilayah Pantai Timur Semenanjung  Malaysia pada tahun 1997.


ISO 9001:2000

Sawira Sdn.Bhd telah menerima Persijilan ISO9001:2000 pada tahun 2003.


PEMBUKAAN LADANG BARU:

Sawira telah membangunkan kira-kira 500 Hektar ladang kelapa sawit di sekitar Muadzam Shah pada tahun 2001 dan 2007.

Dengan mempunyai rekod kerja yang baik serta sokongan kewangan yang kukuh, Sawira mencari peluang untuk menambahkan lagi keluasan ladang kelapa sawit melalui kaedah usahasama bersama rakan yang dinamik.
English / Malay
PRINSIP = Tanggungjawab, Erat, Ringkas, Amanah, Saling hormat-menghormati.                                                           NILAI-NILAI UTAMA= Integriti, Kerja Berpasukan, Belajar, Mesra Pelanggan, Kepakaran, Hormat Menghormati